"The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams"







Jumaat, 15 Mei 2009

"Sekilas pandang pinang nan sebatang"


Sering kali kita dikejutkan dengan pelbagai berita dan kejutan baik buruk atau gembira. Apabila difikir sejenak, mungkin perkara yang terjadi memberikan gambaran akan apa yang bakal kita tempuhi dan lalui di masa akan datang. Tiada siapa yang tahu malah ianya menjadi teka-teki namun kata bijak pandai "untuk mengetahui apa yang bakal kita lalui di masa akan datang bergantung kepada apa yang sedang kita lakukan pada masa sekarang"..
Terlalu banyak petunjuk yang telah diberikan namun kita sebagai manusia yang lemah dalam seni pengamatan tetap terkemudian untuk tahu apa yang terjadi. Itulah yang saya beri nama "seni ketakpastian"..walau apapun yang kita fikirkan dan yang terjadi semua itu tak pasti sebenarnya dan mungkin kadang-kadang menjadi tanda tanya kepada simpulan otak kita.Wajah singa diatas menunjukkan bahawa dia pun tidak tahu kenapa sebenarnya dia dijadikan sebagai singa dan bukannya sebagai kereta iswara..apa-apa pun sama-sama kita huraikan misteri ini dan menyelami sedalam-dalamnya "seni ketakpastian" ini untuk menjadikan kita berfikir lebih kritis dan inovatif..salam hormat daripada saya...
-peng-yu:-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan