"The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams"







Selasa, 12 Mei 2009

kepentingan menjadi diri sendiri


assalamualaikum semua pelawat blog saya,diketika ini apa yang sedang anda lakukan?Mungkin pada firasat saya anda sedang tercari-cari erti kehidupan atau pun sedang bermain dengan minda anda menu apa hendak disajikan buat ruang perut anda tika ini.Seperti biasa, sesi ini saya akan berkongsi mengenai satu topik yang harus kita kupas bersama iaitu "Mengapa harus menjadi diri sendiri".Setiap daripada kita di dunia ini mempunyai tahap kebolehan dan tahap kelemahan tersendiri.Ada yang mempunyai kelebihan dalam meniup seruling namun lemah dalam memahami adab dihadapan warga tua.Dan ada yang lemah dalam menghargai masa namun ternyata hebat dalam pelbagai pencapaian.
Setiap daripada kita mampu menjadikan diri sendiri semahu yang kita fikirkan.Terdapat bermacam-macam cara yang telah dikupas dan dihalusi dalam banyak buku dipasaran dan sememangnya telah banyak diperdengarkan disetiap media massa mengenai kaedah-kaedah yang boleh digunakan namun mengapa masih ada yang tertanya-tanya adakah kita layak digelar diri sendiri?sedangkan apa yang kita lakukan ternyata masih mengikut dan terikut-ikut dengan cara dan gaya diri orang lain..
Dan sekarang ini cuba kita sama-sama renungi dan muhasabah sedalam-dalamnya dalam diri akan apa yang telah kita lakukan terhadap diri sendiri adakah kita menjadi diri sendiri ataupun menjadi pengikut diri orang lain..sama-sama kita cuba k..

salam hormat daripada saya,



Peng-yu:-)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan