"The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams"







Isnin, 1 Februari 2010

Hampir tamat


Salam buat semua..Dalam meniti liku-liku kehidupan seharian,pasti akan bertembung dan bersapa dengan gelombang kuat dan godaan manja angin sepoi berbahasa..Apa yang menjadi penentu akan sesebuah kejayaan adalah sebenarnya berasal daripada penerimaan hakikat sebenar dalam kehidupan yang dilalui..Ramai menyalahkan takdir dan masa malah sanggup menuding tepat jari jemari kearah yang Maha Pencipta atas segala kekurangan dan ketidaksempurnaan.Apakah kriteria kesempurnaan yang dianggap begitu agung sekali hingga sanggup demikian rupa?..Tidak sedarkah bahawa sudah dikurniakan jari yang lengkap..Juga dianugerahkan sepasang telinga..Malah semua yang ada cantik-cantik belaka..Telah terpesong keazaman yang dilakar dan diukir seawal lahir ke dunia untuk taat setia kepada Maha Pencipta..Telah bertempiaran kata-kata janji mengatakan mesti setia..Telah tercicir segala gendongan semangat waja menjadi begitu ringan dan kosong..Dan telah bocor kantung yang berisi dengan jiwa kental..Semua itu menjadi persoalan samada masih kuatkah kita untuk menuju ke satu tempat yang luas lagi panas disana nanti..Maka,janganlah kita terlalu leka dengan mainan dunia..Ambil yang jernih dan jadikan yang keruh buat sempadan perlakuan dan peradaban..Bumi sudah semakin tua..Semakin uzur untuk berdiri seperti dulu kala..Rembulan pun seringkali malap sinarannya..Malah mentari pun sudah selalu bertembung cahaya dengan Rembulan..Apa semua ini?..Mungkin petunjuk menandakan hari semakin menghampiri garisan penamat..Namun semuanya ditangan Yang Maha Pencipta..Salam buat sekalian pembaca..