"The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams"







Isnin, 9 Februari 2009

Melangkah ke Alam Baru.

“AMIR! Kamu ni, asyik tidur saja. Dah puas tidur kamu keluar melepak dengan kawan-kawan. Sampai bila kamu nak berkelakuan macam ini? Mak fahamlah, kamu baru saja habis SPM, tapi tak semestinya kamu tak perlu buat apa-apa kerja yang berfaedah. Kalau kamu kata nak berehat sebab selama ini kamu tak cukup rehat, mak boleh terima. Tapi kalau dah berminggu-minggu kamu hanya tidur dan melepak, mak tak sanggup tengok kamu terus begini. Sekarang kamu tak boleh buang masa begitu saja. Kamu mesti mula memikirkan masa depan kamu.”Tiba-tiba teringat suasana dan keadaan semasa kecil-kecil dahulu. Bermain kejar-kejar bersama rakan-rakan sekampung, mandi di sungai, main kahwin-kahwin dan memancing di parit belakang rumah. Apabila umur mula meningkat, perwatakan dan tingkah laku sedikit berubah. Mula bijak bergaya, tidak comot seperti dahulu, sudah pandai memilih kawan dan tahu segan silu. Usia semakin meningkat matang, kita sudah tahu identiti diri, mencari kawan pula yang satu kepala. Ibu bapa bukan sahabat karib lagi, sudah mula pandai meninggikan suara dan berkata ‘alah..” Ketika itu jiwa remaja begitu memberontak. Inginkan kebebasan dan suka mencuba sesuatu yang baru. Lebih suka menghabiskan masa begitu sahaja dengan kawan-kawan. Tetapi, adakah perasaan dan jiwa remaja itu perlu diikut sepenuhnya tanpa batas?Keseronokan meniti usia remaja membuat diri seakan-akan tidak mahu berganjak daripada keadaan tersebut. Dunia dirasakan sungguh indah, kehidupan bersama rakanrakan seperti tidak boleh dipisahkan lagi. Hari demi hari berlalu tetapi diri masih lagi begitu. Lebih gemar menghabiskan masa dengan menghayati keseronokan usia remaja. Sampai bila akan hidup ditakuk lama? Tidak mahu menghadapi perubahan hidup yang sememangnya akan tetap memaksa untuk berlaku. Bersediakah anda untuk menghadapi perubahan hidup menuju ke alam baru yang lebih mencabar dan menggerunkan? Alam baru yang bukan penghujung kepada kehidupan kini tetapi permulaan kepada sesuatu yang dipanggil sebagai erti kehidupan sebenar.Mahu atau tidak, anda terpaksa menghadapinya. Bulan Disember ini bukan sahaja bermakna berakhirnya usia untuk setahun, tetapi detik yang perlu dihitung untuk memulakan dan melakukan sesuatu yang lebih matang. Jadi, persediaan mental dan fizikal sangat penting. Jangan bazirkan masa yang terluang ini dengan begitu sahaja. Berehat tidak bererti tidak melakukan apa-apa. Dengan melakukan sesuatu atau aktiviti berfaedah, juga dikira berehat dan itu lebih bermakna.Persediaan mental ialah persediaan yang paling utama untuk melangkah ke alam baru. Tanpa persediaan mental yang cukup, pasti akan mudah rebah. Agak sukar sebenarnya untuk mengubah pemikiran daripada seorang yang selama ini bergantung hidup dengan orang lain iaitu ibu bapa, kepada lebih berdikari dan matang. Masa yang ada sebenarnya terlalu singkat. Selesai sahaja peperiksaan,anda sudah mula perlu melakukan persiapan sehingga anda berjaya memasuki mana-mana institut pengajian tinggi ataupun bekerja.Dunia baru yang bakal anda tempoh nanti tidak semudah atau seindah yang dibayangkan. Dunia baru itu merupakan permulaan untuk membentuk diri seseorang menjadi lebih dewasa. Dalam tempoh untuk menyesuaikan diri, pasti pelbagai rintangan dan keperitan akan dilalui. Oleh sebab itu, persediaan dari segi mental sangat penting agar anda tidak tewas dengan dugaan yang akan dilalui.Bukanlah mudah untuk seseorang mencari identiti diri dalam dunia yang penuh mencabar ini. Kesabaran, keimanan dan ketabahan merupakan benteng utama. Tanpa semua itu, pasti manusia akan mudah rebah dalam dunia ini. Tidak hairanlah, jika dilihat, masih ada lagi golongan yang sememangnya telah memasuki alam mencabar ini, tersungkur di pertengahannya.Bukan dipinta, bukan diharap. Semuanya dugaan tetapi tidak semua orang akan mampu menghadapinya. Kenyataannya, tidak semua cabaran tidak mampu ditempuh. Cuma masa dan ketikanya sahaja yang tidak diketahui. Kebenarannya, manusia tidak akan diuji jika dia tidak mampu untuk menghadapinya. Ujian yang menimpa sebenarnya mampu untuk dihadapi asalkan kita tahu menanganinya. Sebagai seseorang yang baru melangkah ke alam lebih mencabar ini, jangan terlalu mudah berasa selesa dengan kedudukan yang dimiliki kerana langkah sebenar anda lebih panjang. Setiap kesenangan dan juga sanjungan yang diperoleh sebenarnya ialah dugaan yang tidak kita sedari kehadirannya. Disebabkan kesenangan dan sanjungan itu jugalah yang menyebabkan manusia mudah tersungkur di pertengahan. Jangan sesekali menjadi manusia yang mudah alpa dengan kesenangan yang diberi-Nya. Tetapi jadilah manusia yang sentiasa mensyukuri nikmat yang diperoleh tanpa lokek untuk dikongsi bersama.Dunia kini semakin pelik, pelbagai masalah sosial melanda masyarakat hari ini. Semuanya begitu menggerunkan dan jika tidak berhati-hati kita juga mungkin tergelincir ke lembah yang tidak diingini. Jika dia tidak bersedia dari awal, kemusnahan itu akan berterusan hingga ke akhirnya. Sebagai seorang pelajar, adakah anda mahu memusnahkan diri anda hanya kerana anda tidak bersedia dengan kehidupan di alam mencabar ini?Alam yang penuh dengan penindasan dan kekerasan. Setiap orang berlumba-lumba mencari tempat di sudut dunia. Jadilah seorang yang bergelar khalifah muka bumi yang sentiasa bersedia dan peka dengan setiap perubahan dan cabaran. Beringatlah, hidup di dunia ini hanya sekali. Tidak ada kali kedua dan berakhirnya di alam akhirat yang kekal abadi. Selagi berkesempatan untuk membina kehidupan untuk kesenangan pada kemudian hari, lakukan sahaja.

Isnin, 2 Februari 2009

pilihan

Apa yang sebenarnya kita pilih bila berada di suatu keadaan yang memeningkan?Adakah hendak memilih kepeningan?Atau terpaksa memilih kotak pening yang sentiasa bersarang di ufuk kering kota pening?Semua itu menjadi tanda tanya mengapa kita menjadi pemilih bukan menjadi pengikut kepada pilihan.Apa yang kita lakukan sebenarnya berpandukan kepada apa yang kita pilih walaupun pernah kita berkata bahawa kita sebenarnya tidak memilih apa yang kita lakukan tetapi sebenarnya kita memilih untuk berkata tidak memilih terhadap apa yang kita lakukan.Fikir-fikirkan dan renungi bersama.

pegi mandi

ada seorang budak namanya farah belum mandi pagi...gigi berlubang dan taik idung berbongkol-bongkol depan lubang idung hahahaha....