"The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams"







Khamis, 14 Mei 2009

Cuba fikir


Assalamualaikum semua, bersua kembali kita dalam episod ruangan muhasabah diri. Pernahkah anda semua terfikir akan segala nikmat yang telah kita kecapi dalam kehidupan ini sejak dari dulu lagi sehingga sekarang?..tanya diri apakah pernah aku mengucap syukur kepada pemberi segala nikmat ini atau pernahkah kiranya kita menyelami maksud pemberian ini baik pemberian buruk atau yang baik..
Mengikut banyak kata-kata ahli falsafah terkenal, masa mendapat perkara yang buruk kita akan secara automatik mendekatkan roh diri dengan pencipta semesta untuk menyahkan situasi tersebut segera mungkin daripada terus membelenggu jiwa dan apa yang berlaku sebaliknya pabila mendapat berita dan situasi gumbira kadang-kadang menjadikan diri kita seakan sebuah bahtera yang belayar semakin jauh dari garisan permulaan perjalanan hudup ini..
Terlalu banyak nikmat telah diberikan oleh maha pencipta kepada kita namun mengapa masih ada yang merasakan serba tak kena..Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa setiap manusia didunia ini mementingkan aspek kualiti dan kualiti cuma kadang-kadang sikap terlalu tamak menjadikan mereka alpa dan leka dalam arus yang kian bergelora kencang kini..
Dan apa yang diharapkan ialah marilah kita sama-sama menggembleng segala kudrat untuk menjadikan diri kita seorang insan yang sangat berkualiti dan cemerlang dalam setiap aspek termasuklah aspek politik, ekonomi dan sosial..
Sekian,
Sahabat MLM
-peng-yu:-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan