"The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams"







Khamis, 10 September 2009

Kesucian satu ikatan persahabatan


Lahir dalam sanubari setiap insan akan naluri ingin menang dan disanjungi tidak mengira usia, jantina, kedudukan, paras rupa, keperluan dan keinginan materialistik dan sebagainya.Disini tertera satu kisah akan lima sahabat baik yang mana tidak boleh dipisahkan walau sampai mati sekalipun..Kisah ini mengenai sahabat-sahabat yang mempunyai kelebihan yang terlalu unik dan mengkagumkan..Berkata sahabat yang pertama...Tanpa aku kamu semua tidak dapat melihat akan keindahan alam ini, kamu tidak dapat mendengar segala melodi bunyi, kamu tidak dapat menghirup udara segar, juga tidak dapat berkata-kata walau mengunyah makanan sekalipun..dengan nada yang bongkak dan sombongnya sahabat pertama iaitu kepala membuktikan bahawa dia lebih hebat daripada semua sahabat yang lain...Lantas didengari oleh sahabat yang kedua iaitu tangan...Ahhh...itu belum hebat..tanpa aku apa yang kau pandang, dengar dan hidu tidak boleh kau rasai begitu sahaja tanpa menyentuhnya..akulah ya ng menyuapkan makanan yang enak, akulah yang menggaru setiap pelusuk tubuh, akulah yang boleh menyentuh segalanya dan sebagainya hahahaha...ketawa terbahak-bahak si tangan dengan membuktikan bahawa dia lebih hebat daripada kepala...Perbualan mereka didengari pula oleh sahabat yang ketiga iaitu kaki..lagi-lagi bertengkar siapa yang lebih hebat...kan aku yang lebih hebat daripada kamu berdua?..apa kamu berdua tak ingat bahawa akulah yang membawa kamu kemana sahaja?akulah yang pergi kemana sahaja dengan mendengar rintihan kamu meminta kepada aku?..lagi tak sedar diri siapa yang hebat..mestilah aku hehehehe...Ahhhh...aku korang nak letak dimana?(tempik sahabat yang keempat-si perut)pandai sangat mengatakan yang masing-masing hebat..sedangkan aku ni lah yang mengendong setiap makanan yang kamu perlukan lalu aku agihkan zat-zat makanan tersebut kesetiap anggota kamu supaya kamu mampu bergerak dan berfungsi...itu maknanya aku lagi hebat!!..hahahahaha...begitulah mereka empat sahabat hari-hari bertengkar mengatakan diri masing-masing lebih hebat daripada yang lain...sehingga 5 hari berturut-turut lamanya...sampai hari keenam berkata sikepala...aduh..peningnya aku ni,terasa seram sejuk rasanya diri ini..aku tidak mampu berfikir malah tidak dapat langsung merancang setiap rencana untuk hari ini..kenapa ya?..kedengaran pula sitangan juga mengaduh kesakitan dan tidak selesa..bulu roma mengerbang pendek disepanjang tangan seram sejuk rasanya..sikaki juga tergeliat-geliat bagai sakit cacat menghadapi masalah yang tak terhingga..kesana kesini semuanya tidak kena..lantas berkata siperut...aduh....sakitnya badan ku ini...terasa mual dan loya dalam badan ku ini..semua ini salah kamu semua sebab asyik makan tidak henti-henti..tengok badan ku sudah membesar dan aku tidak mampu menahan kesakitan ini...lantas sikepala,tangan,kaki dan perut menyapa si buntut...wahai sahabat kami si buntut..kenapa kau tidak membenarkan sisa najis keluar dari dalam perut?..apa kamu ini mahu membunuh kami kah?...ooooooooo...sekarang ini baru kamu sedar akan kewujudan aku ya?dulu kamu berempat asyik mengatakan kehebatan masing-masing tanpa mahu mengalah dan melihat kelebihan orang lain..inikan pula aku yang tiada apa-apa keistimewaan hanya mempunyai ruang untuk mengeluarkan sisa najis yang telah kamu ciptakan..kenapa kamu semua tidak menggunakan kehebatan yang kamu selalu gembar-gemburkan selama ini?dimana semua keangkuhan kamu?kenapa disaat ini merayu akan pertolongan aku yang selama ini dilupakan?..kata buntut semarah-marahnya..kelihatan merah padam muka buntut kerana meneriak kuat memarahi sahabat-sahabatnya...berkata lagi si buntut..aku tidak akan mengeluarkan sisa ini..biarlah apa nak jadi jadilah...buntut merajuk dengan sikap sahabat-sahabatnya..sehari berlalu...dua hari berlalu..sampai hari yang keempat semua sahabat-sahabatnya memujuk dengan sayu dan memohon sebenar-benar kemaafan daripada buntut..melihat akan terseksanya sahabat-sahabatnya sedih hati buntut lalu berkata kepada semuanya mulai hari ini janganlah kita berbangga diri,sombong,angkuh,takbur dan mengutuk kelemahan orang lain lagi..lantas buntut memaafkan kesalahan mereka dan dengan tidak semena-mena najis terkeluar dari buntut sederas-derasnya...terpancar kelegaan pada wajah sahabat-sahabatnya lalu mereka berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut lagi..Apakah moral daripada kisah lima sahabat ini?..walau siapa pun kita,dan dimana kita berada dan apa sahaja yang berlaku janganlah kita menyombong diri sebab satu hari akan pasti memakan diri..baik di tempat kerja,di stesen bas,di lrt dan dimana sahaja berkawanlah dengan sesiapa sahaja barangkali ada hikmahnya pertemuan kita dengan sesiapa sahaja yang kita temui..sampai bertemu lagi...salam 20 ramadhan..



-Peng-yu:-)

Isnin, 7 September 2009

Semakin bengang dan tertekan


Sudah melebihi 2 bulan aku melalui saat-saat tertekan dengan pelbagai situasi.Kini sudah masuk minggu yang ke 2, bulan ke 3 saat kebengangan yang melanda diri aku..Arrrrgggghhhhhh ingin rasanya aku menghentak setiap penjuru keresahan dalam sudut hatiku agar cepat ianya terlerai...Kadang-kadang ingin juga aku menghantukkan kepala sehingga benar-benar terluka seperti terlukanya perasaan aku ketika ini..Namun apa yang aku boleh buat hanyalah menunggu dan menunggu tentang perjalanan masa yang sering bermain dengan aku...Walaupun jika difikirkan setiap perkara yang terjadi adalah satu pengalaman yang menjadi guru kepada hidupku namun sesekali hati ini berkata jua seakan-akan tidak mampu menerima setiap kisah yang tersangkut..apa boleh buat..."Teruskan semangat perjuangan harmoni"...Aku tetap dengan caraku...Aku adalah aku...Peace Bro...

Selasa, 1 September 2009

KL Menjerit

...Wandi n Nazri semalam dan sehari di kuala lumpur...
Di stesen komuter chow kitbertandang ke kaki menara KLCC..tinggi woo...


kereta sport yang digunakan..

pemilik kereta sport...

ini bukan jambatan satok tetapi jambatan wawasan Putra Jaya..

untuk menuju kesini hanya memakan masa 3 minit dari masjid dibelakang sana..



kenangan bersama kereta di hadapan pejabat Jabatan Perdana Menteri



Tasik De Cruise Putra Jaya..

rockers sedang bergambar berlatarbelakangkan masjid yang indah



ini adalah tasik buatan manusia..besar jugak..boleh mandi kalau sapa2 mau mandi hehehe..

masjid yang begitu mempesonakan..



berlatarbelakangkan Pejabat Jabatan perdana menteri...cantik woooo..



gambar ini sebenarnya sudah kehabisan idea untuk posing..apa boleh buat nasib badan...

dibelakang adalah masjid Putra Jaya...begitu besar dan indah..

lihatlah aku hehehe..

P.Ramlee punya rumah daa...

semua pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar didalam rumah sebab itulah semua gambar diambil disekitar luar rumah sahaja..

hadapan pintu masuk Pustaka P.Pamlee



kereta terakhir dibeli oleh P.Ramlee Datsun 120Y




banyak lagi tempat yang tidak sempat untuk dilawati namun setiap malam kami pergi berjalan-jalan disekitar kuala lumpur melihat suasana disini...sibuk disana sini....apa daaa..Kuching is the best...Chow..