"The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams"







Jumaat, 17 Julai 2009

Semalam Dan Hari Ini

Tanggal 16 Julai 2009 sememangnya tidak dapat aku lupakan.Mana tidaknya, khamis ini aku dikejutkan dengan panggilan telefon mengatakan bahawa isteri sudah berada di hospital tepat jam 2.30 petang.Aku menjadi kelam kabut sedikit namun sedaya upaya cuba bertenang dan menghela nafas sehalus-halusnya.Kedatangan anak ku yang ke-2 ini sememangnya adalah satu anugerah yang tak ternilai kerna dalam diam-diam dan tidak disangka-sangka ianya berhasil.
Aku bergegas balik ke rumah untuk menyediakan barang-barang yang sudah lama aku sediakan hanya menunggu masa dan ketika hendak balik ke Kuching Sarawak.Walaupun begitu,segala perancangan yang aku buat seakan-akan mahu menguji aku dengan pelbagai situasi dan keadaan yang kacau bilau.Pertama sekali ketika balik ke rumah,aku terkapai-kapai mencari apa lagi baranganku yang belum aku setelkan.Alhamdulillah sesungguhnya kuasa Allah memberikan aku sekali lagi kesempatan untuk terus berjuang.
Setibanya di tempat kerja,aku terus menghubungi agensi penerbangan Airasia untuk menempah tiket namun katanya aku perlu pergi kepada mereka kerna penempahan secara atas talian dan kurang daripada 24 jam tidak boleh.Sekali lagi aku bagai di uji dengan badai.Selepas mengetik kad perakam kerja aku pada jam 5 petang,aku bergegas menuju ke KL Sentral dengan menaiki LRT Putra.Motosikal SS2 ku aku tinggalkan di tempat kerja kerna jika meninggalkan kereta terlalu bahaya dan jika menaiki teksi bertambah lagi dugaanku.Sesampainya di LRT,penuh pulak LRT sehingga menyebabkan aku terpaksa berhimpit-himpit dengan penumpang yang lain.
Setelah tamat gelora yang melanda aku selamat tiba di KL Sentral.Kisah di sini lagi dashyat,terlalu ramai penumpang yang menunggu giliran untuk membeli tiket kapal terbang.No.giliran aku ialah 1531 sedangkan No.kaunter yang tertera baru 1416..Wah..aku sekali lagi dikejutkan dengan rintangan.Namun seperti biasa aku berjaya menenangkan diri dan bertenang setenang-tenangnya.Ingin aku katakan disini bahawa aku sebenarnya marah tetapi syukur dengan apa yang pernah aku pelajari dulu banyak membantu ku mengawal amarah yang marah itu.Setelah 2 jam berlalu baru tiba giliran aku..Tingggg...No.giliran ku tertera di kaca TV kaunter..Alhamdulillah..Dengan pantas aku mengatakan satu tiket ke Kuching malam ini.Namun agak mengecewakan bahawa tiket sudah penuh dan aku agak terlewat walaupun tiket masih ada.Penerbangan terakhir akan berlepas jam 10.25 malam sedangkan aku baru mendapat giliran pada jam 8 malam.Semuanya sungguh mencabar bagiku.Aku terpaksa membeli tiket untuk keesokkan harinya iaitu tanggal 17 Julai 2009.Aku minta penerbangan yang pertama sekali dan alhamdulillah penerbanganku muktamad esok harinya pada jam 7.10 pagi...Yahuuuu..
Setelah selesai semua itu,Aku menaiki bas ke LCCT dengan kadar tambang RM8 tepat jam 8.30 malam.Perjalanan memakan masa selama 45 minit dan aku selamat sampai di LCCT.Semakin tenang rasanya jiwa ku dengan kehadiranku di LCCT.Tiba-tiba,isteriku menelefon sekali lagi mengatakan bahawa dia perlu dimasukkan kedalam wad bersalin untuk persediaan.Aku sekali lagi menggelabah.Teringin rasanya hendak terbang namun aku bukannya seorang hero seperti Superman apalagi Ultraman.Aku sekali lagi menenangkan diriku.Syukur kerna aku masih lagi boleh bertahan.Aku berserah sahaja kepada Allah.Allah yang menentukan segalanya bukan sesiapa yang lain.
Tatkala menerima tamparan itu,aku cuba menenangkan diriku dengan cuba menuju ke sebuah hotel di sini.Dengan jauhnya yang boleh tahan sehinggakan peluh membasahi dadaku,aku selamat sampai ke hotel tersebut dengan berjalan kaki.Sejurus aku tiba di pondok kawalan hotel tersebut,Pengawal tersebut serta merta mengatakan bilik hotel sudah penuh.Sekali lagi aku menerima tamparan.Hari ini aku sering ditampar dengan keadaan yang seakan-akan mahu memberikan aku satu pengalaman manis untuk anak ku yang ke-2 ini.Aku dengan hati yang hampa meneruskan perjalanan kaki ku balik semula ke Terminal.Kali ini aku sedikit rasa tidak tenang walaupun sudah cuba berkali-kali menenangkan diri namun masih rasa ingin memberontak.
Haaaaa..baru aku teringat akan rokok yang aku bawa.Aku menyalakan sebatang rokok dan sambil berjalan terus-menerus menikmati rokok tersebut amarah ku yang semakin memuncak tadi semakin menjunam dari dalam jiwa ku.Lega rasanya kerna sekali lagi berjaya menahan kemarahan yang sungguh membuang masa dan tenaga.Aku bersandar di salah satu kerusi di Terminal.Mengharapkan satu keajaiban akan berlaku.
Tiba-tiba,aku terpandang akan satu ceruk dengan kelipan cahaya bersinar-sinar.Aku menghampirinya dan apa yang aku temui ialah sebuah TV yang ketika itu sedang berlangsung cerita cina lucu.Aku cukup terhibur dan mampu bergelak tawa lagi.Selang 1 jam setengah,Perut ku mula terasa lapar dan aku apalagi bingkas menuju ke KFC yang berdekatan.
Dengan lahapnya merungkai segala misteri masakan tersebut,aku dikejutkan dengan bunyi telefon ku sekali lagi dan dengan nada yang sayu aku terdengar suara isteri ku mengatakan bahawa dia sudah hendak di masukkan kedalam dewan bedah.Aku menjadi tidak keruan sekali lagi.Apa yang mampu aku buat ialah hanya berdoa akan keselamatan isteriku.Kali ini aku gagal lagi untuk kali yang ke-2 membalas jasa isteriku.
Jika dulu sempat menemani semasa dalam persalinan namun tersilap pula tidak menemani setelah persalinan.Tetapi kini kegagalan ini berulang lagi malah lebih teruk daripada dulu.Aku sedih sebenarnya.Namun ku tabahkan hati untuk melalui semua ini dengan tenang dan relak.Mungkin kali ini anugerah yang tidak ternilai ini akan mengajar ku lagi sedalam-dalamnya erti kehidupan.Aku cuma mampu berserah pada yang Maha Esa.
Lantas terus menghubungi keluarga di Kuching untuk bergegas menuju ke dewan bedah menunggu kelahiran anak ku yang ke-2 dan memohon bantuan daripada mereka untuk menguruskan apa yang patut semasa ketiadaan ku.Sekarang ini aku hanya mampu menadah tangan memohon selamat kedua-duanya.Malam ini mataku terkebil-kebil memandang sekeliling LCCT kerna tidak dapat tidur.Dan sekarang masih menunggu kelahiran anakku..Tanggal 17 Julai 2009 adalah tanggal kelahiran anakku yang ke-2..Alhamdulillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan