"The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams"







Ahad, 12 Julai 2009

Minda meracau


Terkedu rasanya bila mengetahui bahawa banyak benda yang belum lagi dibereskan hari ini.Jika diamati sepenuhnya sememangnya setiap hari kita dipeningkan dengan bermacam-macam aneka warna serbuk kehidupan baik menyenangkan ataupun membingungkan.Pernah sesekali terkumat-kamit membaca serapah mengharapkan segalanya berlaku dengan baik seadanya namun jika kitaran hari itu menjanjikan kitaran aura negatif maka negatiflah jadinya.Tiada yang mampu kita lakukan jika sampai kepada kitaran kita.Sebab itulah kadang-kadang melihat akan seseorang yang betul-betul rajin melakukan sesuatu masih juga penghasilannya seperti sediakala.Kenapa itu berlaku?Pernahkah kita mengkaji kemahuan diri kita selama ini?Pernahkah diri kita dibelai dengan urutan semangat dan jati diri yang utuh?Pernahkah jiwa kita dimandikan dengan air bunga yang semerbak?Dan pernahkah minda kita disirami titis-titis ketenangan?Jawapannya ada pada diri kita.Minda kita seakan-akan selalu meracau dan mahu memberontak dalam setiap perkara.Pernahkah kita cuba mengubati minda kita daripada cengkaman rakus sekeliling?Apakah hanya perlu mengikut sahaja arus deras sehingga ternoda ufuk pemikiran?Telah banyak diperkenalkan pelbagai cara untuk menenangkan minda yang meracau.Pergunakanlah sebaiknya.Jangan malu untuk berjaya..Jangan segan untuk berubah..Namun segalanya daripada minda yang sihat..Minda yang tiada kesangsian..Minda yang hebat..Jauh dari racauan..Selamatkanlah minda kita yang meracau sebelum ianya menghancurkan keupayaan minda bersilat fikiran..Selamat semuanya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan