"The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams"







Sabtu, 4 September 2010

"Kearah satu destinasi"

Salam ramadhan..Hari demi hari kita dikejutkan dengan pelbagai ragam dan karenah manusia..Terasa macam mahu terkucil mendengar sikap dan sifat insan berotak didunia ini..Lebih-lebih lagi jika jiwa dan raga menjadi taruhan..Namun apa yang baiknya daripada situasi sebegitu ialah insan-insan yang berotak akan mengalami kejutan yang akan menjadikan mereka lebih agresif untuk mencemuh dan menonjolkan diri dalam menangani masalah-masalah yang dihadapi..
Sebagai pembuka tirai,sekitar tahun ini berapa banyak sudah mangsa pembunuhan aib yang dilakukan oleh pihak-pihak yang Dajjal dan bertopengkan Syaitan berupa manusia..Ini diakui oleh setiap jiwa seluruh dunia namun apakan daya cuma sekadar mengakui dan mengesahkan kejadian dan keadaan tersebut..Ada pihak cuma bercakap-cakap, dan ada pula cuma mendengar disebalik belakang kelambu, malah ada pula membutakan diri walau terjadi dihadapan mata sendiri..
Apakah sebenarnya yang boleh kita lakukan dalam menangani perkara-perkara yang berlaku?..Apa yang harus ditakuti semakin dijadikan permainan dan begitu juga sebaliknya semakin menjadi ketaatan..Yang dulunya baik bertukar menjadi ganas..Yang dulunya rakus bertambah kerakusannya..Itulah sikap manusia sebenarnya..Perubahan kearah yang buruk sangat dibenci tanpa mengira siapa sahaja baik manusia atau binatang..Perubahan yang baik pula dicemuh pula oleh segelintir masyarakat!!..Apakah itu petanda bahawa hari semakin tua?..Atau mereka yang semakin biadap dan bongkak??..Walau apapun ceritanya sama-samalah kita meneruskan kehidupan ini dengan penuh rasa kasih dan sayang agar jiwa yang tenang akan terus bercambah dan subur didalam hati setiap jiwa sanubari..
-Peng-yu79-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan