Tika kita leka dengan keindahan simfoni alam maya, dan ketika kita syahdu dengan rentetan kugiran semulajadi, dan di ketika kita melepaskan pandangan terhadap setiap yang berlalu terpampang sekelompok nasib pada diri kita sedangkan kita pernah cuba dan pernah mencuba berkali-kali untuk mengubah nasib namun apa yang dilalui bakal seperti merempuh tembok yang berduri..Apa yang cuba dikotakan seperti seakan-akan cuba diketepikan..mungkin sekadar mahu merasa bebas dan mungkin juga mahu merasa puas..siapa tahu semuanya melainkan yang maha Esa...lantas sempena ketibaan hari raya korban ini marilah kita sama-sama menghayati maksud sebenar korban, berkorban, mengorban, terkorban dan apa-apa yang sewaktu dengannya..adakah cukup korban yang kita lakukan?dan adakah cukup kita berkorban?dan apakah hanya mengorban..mungkin juga ada yang terkorban?...sama-sama kita muhasabah diri demi keutuhan peribadi unggul dalam diri...salam aidiladha...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan