"The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams"







Jumaat, 12 Jun 2009

"Tahun terkejut"

Adakala setiap perkara yang berlaku dalam hidup ini seperti sangat teratur. Allah sememangnya sangat berkuasa sebagai pengatur dan pencatur kepada setiap keadaan. Tahun 2009 seperti tahun yang sangat bermakna dan seakan tahun anugerah buat sesetengah insan di muka bumi ini. Ada yang berimpian mendapat cahaya mata dikurniakan satu gendongan zuriat memboyot pada perut. Dan ada yang berkehendakkan jutaan ringgit telah dihujani jutaan syiling dari kerajaan langit. Malah ada yang sangat mengharapkan sesuatu kejayaan bermakna telah dipermudahkan segala perjalanan. Itulah kuasa Allah, maha pencatur segalanya. Melihat akan kejayaan orang lain membuatkan semangat dalam diri menjadi memberontak dan seakan mahu menggertak seluruh ketakutan akan kegagalan agar pergi jauh dari lubuk hati nurani. Namun kadang-kadang setiap yang kita cuba lakukan sebaik yang mungkin seperti seakan mematahkan semangat perjuangan harmoni yang telah utuh dipahat dalam jiwa sanubari apabila menemui satu jalan buntu dan kusam. Itulah kuasa Allah maha menentu segalanya. Kita hanya mampu menadah tangan kepadanya untuk mengubah apa yang telah lama tertulis di "Loh Mahfuz" lagi. 2009 kali ini tidak seperti tahun-tahun yang sudah. Pelbagai anugerah telah dilemparkan dengan menarik seni senyuman dalam diri dan si dia disisi. Bermulanya dengan mendapat zuriat, dihadiahkan lagi dengan mendapat kenaikan pangkat dan tanpa diduga mendapat pula anugerah berprestij "Anugerah Perkhidmatan Cemerlang". Sangat bersyukur kehadrat ilahi dengan kurnia yang begitu berharga sekali biarpun bagi sesetengah insan ianya tiada apa-apa namun bagi insan sederhana dan daif itulah kurniaan yang paling berharga. Itulah yang terjadi pada 2009. "Tahun Terkejut" bagi kebanyakkan insan.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan