Hari ini pergi ke kebun bersama family..lama sudah tidak mengunjungi tanah kebun yang telah lama diusahakan oleh arwah nenek sejak zaman penjajahan jepun lagi..dengan menaiki 4WD Hilux,kami bertolak dari bandaraya kuching menuju ke kebun yang sejauh 70km iaitu ke daerah Lundu Sarawak.Kebun tidaklah sebesar mana sekadar cukup untuk diwariskan kepada generasi kemudian..Dilain sesi saya akan memaparkan gambar kebun.Untuk sesi ini tidak dapat kerana keadaan semak-samun yang begitu tebal mungkin akan menggangu pemerhatian pengunjung laman saya..Harap maklum..
Mari sama-sama menerokai penternakan kambing bersama saya..Semoga perkongsian ini dapat menjadi pemangkin semangat keusahawanan untuk semua..Terima kasih..
"The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams"
Ahad, 28 Jun 2009
"Perlu dimengertikan"
Seni kemungkinan
Satu kemungkinan
Bakal datang pada bila-bila masa
Datang tak diundang dan pergi tak perasan
Itulah seni kemungkinan
Kadang-kadang terasa mungkin
Tapi terasa tidak mungkin
Ada pula terasa tidak mungkin
Tapi terasa mungkin
Itulah seni kemungkinan
Seni yang kurang diberi perhatian
Seni yang tidak diperhatikan
Seni yang tidak pula perlu pemerhatian
Apa yang bakal berlaku
Pasti itu daripada kemungkinan
Apa yang akan berlaku
Mesti asalnya daripada satu kemungkinan
Seni kemungkinan
Seni ghaib yang tidak kita perasan
Seni kemungkinan
Seni sepanjang zaman
-peng-yu
-peng-yu
Sabtu, 27 Jun 2009
"Damai Puri SPA n Resort"
Selasa, 16 Jun 2009
"Langkah kanan"
"Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri"..Kata-kata tersebut sering bermain diminda seseorang yang hendak membuat keputusan untuk berhijrah..Cuba tanya diri sendiri dan beri ruang untuk memilih samada mahukan emas atau batu sebagai sasaran..Kadang-kadang emas yang kita cari rupa-rupanya hanya tulisan emas sahaja yang kita dapat bukannya sejongkong emas berkilau-kilauan..Dan kadang-kadang juga dengan mensasarkan batu sebagai sasaran terkena juga tipu helahnya..Dah la emas tak dapat batu pun jauh sekali..alangkah ruginya jika hanya mampu melihat insan lain bergelumang dengan emas dan batu menikmatinya seisi keluarga manakala kita hanya berputih mata dari dulu hingga sekarang..Jadi apa tunggu lagi..Hendakkan emas maka kejarlah..Hendakkan batu kejarlah..Masa tetap berjalan tanpa menunggu kita bersedia atau tidak..Apapun..Yang menariknya tentang membuat pilihan ialah kita mampu mengubahnya..Dari kurang sempurna kepada yang sempurna..Dan seterusnya..
Jumaat, 12 Jun 2009
"Tahun terkejut"
Adakala setiap perkara yang berlaku dalam hidup ini seperti sangat teratur. Allah sememangnya sangat berkuasa sebagai pengatur dan pencatur kepada setiap keadaan. Tahun 2009 seperti tahun yang sangat bermakna dan seakan tahun anugerah buat sesetengah insan di muka bumi ini. Ada yang berimpian mendapat cahaya mata dikurniakan satu gendongan zuriat memboyot pada perut. Dan ada yang berkehendakkan jutaan ringgit telah dihujani jutaan syiling dari kerajaan langit. Malah ada yang sangat mengharapkan sesuatu kejayaan bermakna telah dipermudahkan segala perjalanan. Itulah kuasa Allah, maha pencatur segalanya. Melihat akan kejayaan orang lain membuatkan semangat dalam diri menjadi memberontak dan seakan mahu menggertak seluruh ketakutan akan kegagalan agar pergi jauh dari lubuk hati nurani. Namun kadang-kadang setiap yang kita cuba lakukan sebaik yang mungkin seperti seakan mematahkan semangat perjuangan harmoni yang telah utuh dipahat dalam jiwa sanubari apabila menemui satu jalan buntu dan kusam. Itulah kuasa Allah maha menentu segalanya. Kita hanya mampu menadah tangan kepadanya untuk mengubah apa yang telah lama tertulis di "Loh Mahfuz" lagi. 2009 kali ini tidak seperti tahun-tahun yang sudah. Pelbagai anugerah telah dilemparkan dengan menarik seni senyuman dalam diri dan si dia disisi. Bermulanya dengan mendapat zuriat, dihadiahkan lagi dengan mendapat kenaikan pangkat dan tanpa diduga mendapat pula anugerah berprestij "Anugerah Perkhidmatan Cemerlang". Sangat bersyukur kehadrat ilahi dengan kurnia yang begitu berharga sekali biarpun bagi sesetengah insan ianya tiada apa-apa namun bagi insan sederhana dan daif itulah kurniaan yang paling berharga. Itulah yang terjadi pada 2009. "Tahun Terkejut" bagi kebanyakkan insan.....
Langgan:
Catatan (Atom)