"The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams"







Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan

Khamis, 2 Julai 2009

"Anugerah yang tidak ternilai"

"Izznur Amyra Aysha" anakku yang tersayang..

Kehidupan yang kita lalui pernah menemukan kita dengan pelbagai anugerah.Baik anugerah yang tidak disangka-sangka ataupun anugerah yang sengaja kita usahakan.Apa yang ingin dipersoalkan disini ialah pernahkah kita terfikir akan banyaknya anugerah yang telah kita kecapi sejak turun temurun lagi.
Merenung kembali sejarah zaman kita kecil sehingga kita menjadi dewasa sematang-matangnya terlalu banyak dihujani anugerah yang tak ternilai.Seawal usia lahirnya ke bumi telah dikurniakan sehela nafas panjang memberikan kita satu hirupan udara pemberi nyawa yang terlalu bernilai.Cuba dibedakan dengan saudara-saudara kita diluar yang baru hendak bermula merenung dunia telah kehilangan hirupan udara yang sangat bermakna.Tidakkah itu satu anugerah buat kita.
Lantas masa berlari dengan begitu pantas kita dipenuhi dengan pelbagai lagi anugerah.Tulang empat kerat yang sempurna tiada cacat cela,rupa paras yang cantik dan bergaya,satu pekerjaan dan mempunyai pendapatan yang lumayan,anak isteri,bermacam-macam material seperti kenderaan yang kita pakai baik dari lenggokan jalan seekor unta mahupun seburuk-buruknya beca hingga sehebat-hebatnya jet pejuang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan semuanya itu anugerah buat kita.
Pernah kita terdengar keluhan insan-insan lain yang tidak bernasib baik seperti kita dengan jauh sekali dihinggapi anugerah yang seperti kita,merintih kelesuan,menadah tangan meminta sesuatu,merenung nasib yang barangkali tiada hala tuju,kadang-kadang diherdik dan dihina sedangkan anugerah tuhan sebenarnya belum hinggap kepada diri mereka.Janganlah kita sombong dengan anugerah yang kita ada.Alangkah baiknya jika boleh dikongsi bersama dengan insan-insan tersebut.
Jika hendak difikir dan dikupas bukannya terlalu membebankan untuk memberikan sedikit daripada anugerah yang kita miliki.Sebagai renungan,tiada kudrat berupa kewangan berilah setitis peluh bantuan,jika menunggang motosikal berilah ruang penumpang buatnya,tatkala suka berkata-kata berilah nasihat sedalam-dalamnya.Walau dalam keadaan bagaimana sekalipun jika kita mempunyai satu kelebihan anugerah yang boleh dikongsikan bersama maka hulurkan seikhlas mulia.Janganlah menyalahkan nasib mereka yang begitu malang tetapi cubalah menyalakan api anugerah mereka sebaik-baiknya daripada sekritis-kritisnya buah pemikiran sehingga basahnya badan dimandikan garam peluh.
Buat baik dibalas baik dan begitu juga sebaliknya.Semuanya pilihan kita samada mahu memilih jalan kanan atau jalan kiri.Maka sama-samalah kita renungi anugerah yang kita kecapi bagaimana hendak dikongsikan terutamanya kepada kedua ibubapa,suami isteri,anak,saudara-mara,sahabat handai dan sesiapa sahaja.
Berilah ruang untuk kita belajar menggunakan anugerah tersebut bersama-sama.Akhir kata,setiap perkara yang berlaku sebenarnya adalah satu anugerah cuma atas kelemahan kita kadangkala berprasangka bahawa itu satu cacat cela dalam perjalanan ini.Sama-samalah kita berdoa kepada yang maha esa agar sentiasa diberikan anugerah yang tidak ternilai di dunia dan akhirat..

Ahad, 17 Mei 2009

"Erti kehidupan"


Hidup memang unik..tatkala berlabuhnya detik waktu kosong saat ke kiraan masa yang tidak berkesudahan kita telah hidup melampaui sebanyak-banyaknya masa...apa yang menjadi tanda tanya apabila kita tidak menyedari bila sesuatu perkara itu berlaku dan hanya akan sedar bila sudah berlaku..alangkah indahnya jika boleh meramal apa yang bakal berlaku namun semua itu hanya di tangan ilahi empunya kerajaan langit dan bumi..banyak benda yang kita lakukan tanpa mengetahui adakah patut kita melakukannya ataupun tidak..yang pasti, semangat kasih sayang menyayangi itu mesti diterapkan sedalam-dalamnya..walau sekaya mana sekalipun kalian jika tiada kasih sayang tidak berguna juga...walau sebijak mana pun kalian jika menyombong diri masih juga dianggap sebagai keldai bodoh...dan walau siapa pun kalian jika hilang pertimbangan dan kewarasan tetap dipandang hina..itulah pentingnya kasih sayang dalam kehidupan kita..kasih sayang adalah pengertian hidup yang paling utama daripada segala-galanya..ada tubuh badan tapi tidak disayangi adalah bodoh..ada anak isteri tapi disia-siakan sememangnya durjana..ada wang tapi disalah manfaatkan membawa kepada kealpaan...dan ada apa sahaja jika disalah gunakan membawa kepada suatu kemurkaan dan dosa..tetapi jika ada kasih sayang pasti membawa kebahgiaan walaupun kadang-kadang perut berlapar namun apabila wujud kasih sayang maka terhapus segala kelaparan tersebut..itulah erti kehidupan sebenarnya..kehidupan yang kita patut cari untuk menempuh perjalanan yang masih terlalu jauh ini..jika memiliki satu pakej yang kengkap iaitu ada wang, kebebasan masa, kesihatan yang mantap dan dikerumuni kasih sayang maka itulah yang terbaik yang patut ada pada kita semua...semoga mendapat manfaat daripada leteran kecil ini...chow..
-peng-yu:-)